3G (THIRD GENERATION)
Kehidupan kita sehari-hari yang akan datang mungkin akan lebih bermakna dengan Generasi Sistem Telekomunikasi atau biasa disebut sebagai 3rd Generation of Wireless Communication yang mana sekarang ini tengah berkembang dengan pesatnya. Ia mula diperkenalkan di Malaysia pada Bulan Mei 2000. Pada bulan September 2000, Jabatan Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( Commisison ) telah berunding dengan semua pemegang lessen di bawah Tindakan Komunikasi dan Multimedia 1998 ( CMA ) berkaitan dengan pendekatan teknologi 3G di Malaysia.
Rundingan ini diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Concepts and Proposed Principles on the Implementation of Mobile Celular Service in Malaysia’ pada bulan November 2000 yang kemudiannya telah disiarkan dalam laman web untuk mengetahui komen dan pendapat orang awam.
Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh sistem ini ialah pelayanan video, pengaksesan ke multimedia dan mobile Internet berkecepatan tinggi. Sistem 3rd Generation akan memperkembangkan lagi perkhidmatan-perkhidmatannya dalam sistem komunikasi dan maklumat. Sistem ini juga menawarkan pelayanan dengan kapabiliti yang tinggi, yang mana termasuk peningkatan dari segi kapasiti, kualiti dan purata data yang ada sekarang.
Antara kebaikan menggunakan sistem ini ialah ia akan menghubungkan dunia ‘wireless’ dan dunia komputer atau internet. Sistem 3rd Generation akan menggunakan tiga jenis teknologi. Ketiga tiga jenis teknologi sedang diubahsuai supaya ianya sesuai dan dapat bekerjasama serta dapat diaplikasikan dalam pelbagai jenis telefon bimbit. Integrasi teknologi ini akan diperkenalkan di seluruh pelusuk dunia.
Sistem 3rd Generation akan menawarkan perkhidmatan pelayanan yang baru pada Internet dan multimedia yang akan memerlukan skrin yang sesuai. Telefon bimbit akan ditukarkan ke pelbagai variasi bentuk dari yang sederhana dan kecil seperti bentuk jam tangan atau yang lebih besar seperti ‘palm-pilot’ untuk melayari Internet.